Hoverfly-Trader

EFORCE (0065), D1 - Potensi untuk tutup gap?

Panjang
MYX:EFORCE   EXCEL FORCE MSC BHD
Excel Force MSC Berhad (EFORCE - 0065)
Adalah antara kaunter yang mengalami gapdown dan kejatuhan yang teruk selepas PRU
seperti, GKENT dan MYEG
tetapi, MYEG telah mengalami kenaikan dan kenaikan (walaupun, masih belum menutup gap)
dan, GKENT telah mendapat berita baik dari kerajaan baru mengenai projek-projek mereka

bagaimanapula dengan EFORCE?
Kaunter yang mempunyai pegangan yang banyak oleh Wong (MYEG dan EFORCE)
Kaunter ini mempunyai FA yang sangat cantik, bagi para investor, kejatuhan kaunter-kaunter seperti ini amat mengujakan dan menguntungkan mereka untuk menambah pegangan
Profit dan Revenue yang sangat cantik setiap tahun dan sentiasa menaik

Jika dilihat dalam FIBO
kaunter ini telah mencapai aras 161.8% (0.65) dan cuba untuk memecahkan 261.8% (0.84)
sekaligus, berupaya untuk menutup gap jika mencapai 361.8% (1.030) ataupun 423.6 (1.150)

Jika dilihat pada aras sokongan dan rintangan,
Sokongan pada, 0.630 dan 0.530
Manakala, rintangan pula boleh dikatakan pada 0.780 (Maaf, saya terlupa untuk tanda pada chart, aras HH sebelum ini)
dan, rintangan untuk menutup gap pada 0.965
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.