PeterTing

MEXTER(#2), +15% - Adakah ia akan teruskan penaikkan?

MYX:LYC   LYC HEALTHCARE BERHAD
Salam kepada semua.

Berikut adalah ulasan terkini berikutan ulasan teknikal yang dibuat untuk Mexter pada 28 Oktober.

1. Merujuk kepada ulasan saya untuk Mexter (tarikh 28 Okt), paras sokongan yang saya sebutkan adalah 0.455 setelah saya melihat ada volume pembeli yang menyokong paras tersebut.
2. Akhirnya Mexter ada momentum juga selepas 6 hari sokongan dibuat pada harga 0.455.
3. Walaupun harga ada turun sedikit, namun harga ditetap tutup tinggi dan mencatat harga tertinggi pada 0.515, keuntungan sebanyak 15%.
4. Saya positif pada Mexter, melihat pergerakkan dia selaras dengan "uptrend channel", akan tapi "Fibonacci key levels" mesti dipantau selalu.
5. Merujuk kepada "Fibonacci Key Levels" tersebut, 23.6% (0.49 = harga tutup terkini), 38.2% (0.455), 50% (0.43) and 61.8% (0.40), paras - paras ini merupakan sokongan yang harus kita pantau.

Perkongsian ini hanyalah untuk tujuan pembelajaran dan informasi sahaja. Saya tidak mengesyorkan untuk sesiapa supaya membeli/menjual sebarang "counter" yang disebutkan di ruang ini. Sebarang keputusan untuk jual/beli haruslah diselidik dahulu ataupun meminta pendapat rakan professional dalam bidang pelaburan dan dagangan. Ini kerana ada risiko yang besar dalam dagangan and niaga saham dan saya tidak nasihatkan kawan-kawan supaya melabur lebih dari yang mampu. Sekian.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.