Teknikal_Saham

0098 BAHVEST : Adakah Perlu 'DUDUK' atau 'LARI'?

Panjang
MYX:BAHVEST   BAHVEST RESOURCES BERHAD
RSI telah memasuki fasa overbought. Saya menjangkakan akan berlakunya retracement sebelum stock ini mendaki semula. Jika anda seorang 'swinger' yang telah membeli daripada bawah, HOLD juga tiada masalah. Namun jika anda seorang intraday trader, perlu berjaga-jaga beberapa hari akan datang ini kerana kelihatannya akan berlaku retracement.

For mid term, berdasarkan fibo, sy yakin beberapa hari lagi BAHVEST akan test di 0.725 . masukkan dalam watchlist anda. sama-sama kita saksikan, jika ada cukup momentum untuk BAHVEST memecahkan 0.725 dan fly lebih tinggi.

Daripada segi FA berdasarkan analisis sy untuk pertumbuhan 5 tahun BAHVEST, markah yg sy berikan adalah 81.25%.

Berdasarkan analisis Company Growth selama 5 tahun. Nilai BAHVEST masih berada di paraas undervalue.

Ratio: Ringan

Kiraan Support dan Resistance.

Jika harga kekal di atas 0.665
Resistance 1 : 0.680 (+-0.005)
Resistance 2 : 0.725 (+-0.005) - perlu lebih 20 juta untuk pecahkan R2 dengan buyrate 77% ke atas.
Resistance 3 : 0.755 (+-0.005)
Sy yakin jika ada volume sekurang2nya 24 juta dengan buyrate maintain di atas 82%, besar kemungkinan akan pergi lebih daripada 0.755.

Jika harga kekal di bawah 0.665
Support 1 : 0.650 (+-0.005)
Support 2 : 0.575 (+-0.005)
Di bahagian support, sila monitor sama ada akan rebound atau pecah ke bawah. Jika lantai support tersebut pecah, terutama Support 2, sy cadangkan CL segera.

Disclaimer: Ini hanyalah pandangan peribadi penulis. Sebarang jual beli adalah di atas tanggungjawab sendiri. Ini bukan 'buycall'. Saya turut mencadangkan tuan-tuan melakukan analisis sendiri untuk membeli sesuatu stock.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.