zulnureen

BAHVEST: Ulasan Ichimoku

MYX:BAHVEST   BAHVEST RESOURCES BERHAD

melihat pada carta harian dan petunjuk ichimoku. JELAS saham ini sedang memulakan pergerakan NAIK, ini kerana
harga berada atas awan
tenken bakal berada atas kinjun
chikou berada atas harga semasa
harga berada atas semua petunjuk ichimoku

secara peribadi, saya berpendapat saham ini sangat positif dan berkemungkinan akan naik lebih tinggi. sifatnya petunjuk ichimoku ialah sebagai trend riding indicator dan apabila ia dilihat berada diatas semua petunjuk, maka, perkara terbaik yang di laku kan ialah untuk menunggang harga di atas awan. sehinggalah ia berhenti dan seterusnya berkemungkinan berpatah arah.

melihat pada carta mingguan dan bulanan beserta petunjuk ichimoku. JELAS saham ini sedang NAIK, dan berkemungkinan akan terus naik. jadi di persimpangan ini, bagaimanakah untuk menentukan sasaran harga.? agak sukar menentukan harga dengan petunjuk ichimoku apabila ia membuat kenaikan ketinggian baru dan tiada rujukan masa lepas, dan jika hanya menggunakan ichimoku maka perkara terbaik ialah menunggu pergerakan harga terhenti dan berpatah arah.

apabila di padankan dengan petunjuk fibonacci ddengan mengambil julat 9sen ke 76sen sebagai trend asas, ada kemungkinan apabila saham ini mendaki paras halangan 76sen, ia akan cuba mendaki sehingga paras 1.18 sebelum masuk semula ke fasa pembetulan.

(ini hanyalah pendapat peribadi dan bertujuan untuk pembelajaran analisa teknikal)
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.