TeropongBursa

Kepentingan Volume

Pendidikan
MYX:JHM   JHM CONSOLIDATION BHD
Volume ada lah nadi kepada pergerakan saham.

Volume pada anak panah merah merupakan volume besar menandakan saham tersebut didagangkan dalam jumlah yang tinggi, menandakan pelabur besar (biasanya pelabur institusi) telah memasuki pasaran dengan membeli sejumlah saham yang besar, biasanya dalam kuantiti yang tidak dapat ditandingi oleh pelabur dan pedagang runcit, yang mempunyai modal yang jauh lebih sedikit berbanding dengan pelabur institusi.

Perhatikan pergerakan harga saham selepas kemasukan volume yang besar. secara medium term/long term, ia naik! Mengapa terjadi begitu? Ada dua sebab.

1. Jumlah pegangan saham tahap awam semakin berkurangan - oleh sebab itu, mengikut teori supply & demand, pegangan saham awam semakin berkurang akan menyebabkan harga saham tersebut naik

2. Jumlah dagangan yang besar telah menarik minat pelabur/pedagang yang lain untuk turut serta membeli, kerana mereka menjangkakan pelabur institusi telah masuk membeli saham ini kerana pelabur institusi mempunyai pengetahuan yang lebih berkenaan maklumat syarikat yang tidak dapat/belum dapat disiarkan kepada orang awam pada masa itu. Setiap kali minat belian melebihi minat jualan, sudah tentu harga akan naik!

Oleh itu, berikan lah perhatian kepada volume kaunter saham yang anda berminat untuk beli. Jangan sekali kali mengambil mudah berkenaan hal ini kerana ianya mungkin akan mengakibatkan kerugian modal anda.

Perhatikan carta pergerakan harga kaunter JHM diatas. Setiap anak panah merah menunjukkan volume yang tinggi (melebihi paras purata volume 20 hari) dan volume ini boleh dianggap tinggi. Nampak apa yang berlaku setelah setiap anak panah merah tersebut?

Lihat juga setelah ketiadaan volume besar masuk kedalam market.. adakah anda sudah faham?

Volume analysis seperti ini terpakai untuk semua timeframe, cuma ianya terpulang kepada pemerhatian dan ketajaman mata dan minda anda membuat analisis.

Selamat berjaya saya ucapkan kepada anda!

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.