BURSATRENDBANDCHART

Garis MA/EMA 50 sebagai penunjuk arah dan sokongan TREND

Pendidikan
MYX:KRONO   KRONOLOGI ASIA BERHAD
Sebelum ini kita pernah melihat kepentingan garis MA/EMA 200 sebagai alat bantu yang memisahkan di antara carta bullish atau carta bearish.

Kali ini, kita melihat pula kegunaan garis MA/EMA 50 sebagai penunjuk arah dan juga sokongan ketika harga sedang menaik.

Kalau ada yang bertanya "berapa lama nak simpan", antara jawapan mudah yang boleh kita berikan adalah, "tunggu sampai garis MA/EMA 50 bertukar dari sokongan menjadi rintangan".

Kenapa mesti 50 dan bukan nombor lain?

Yang ini tiada jawapan tepat. Nak tahu, kenalah cuba sendiri dan perhatikan carta-carta lama.

Tak semua carta patuh pada nombor 50, tapi hampir semua carta menaik menjadikan 50 sebagai permulaan dan pengakhiran.

Semoga terhibur.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.