FauziSaham

Ptrans kini di paras sokongan

Panjang
MYX:PTRANS   PERAK TRANSIT BERHAD
Perak Transit atau Ptrans merupakan satu kaunter yang jadi kegilaan ramai suatu masa dahulu.

Mari kita lihat bagaimana keadaan dia sekarang.

Harga kini telah berada di paras sokongan dan sedang consolidate.

MACD pula menunjukkan ia meningkat dan harga pula tidak lagi membuat lower low. Ini menunjukkan bearish momentum sudah mula kepenatan.

Terminal kampar pula dijangka mula beroperasi dalam tahun ini. Lawatan tapak saya di sana akhir tahun lepas, difahamkan oleh pekerja di sana, operasi bas berkemungkinan bermula pada Jun tahun ini manakala hotel dan shopping complex berkemungkinan hujung tahun ini.

Jika dilihat pada Quarter Report, YoY ptrans meningkat. Ini merupakan sesuatu yang baik dari segi fundamental.

Ada juga yang buat spekulasi asal nak cuti atau perayaan jer, Ptrans akan naik ;p

Berdasarkan itu, Ptrans menarik untuk diperhatikan.

Itu yang biasa saya lakukan dalam pemilihan kaunter.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.