Pelabur

COMFORT melepasi zon sukar

Panjang
MYX:COMFORT   COMFORT GLOVES BERHAD
1. COMFORT berjaya melepasi zon sukar yang kuat iaitu paras 0.925-0.935 dengan volume yang cukup kuat.
2. Syarikat ini merupakan dalam kategori pengeksport jadi kekuatan dapat dilihat lebih-lebih lagi dengan kenaikan matawang US Dollar menentang matawang MYR dan lain2 matawang.
3. Syarikat ini mengeksport sarung tangan latex ke Amerika Utara, negara-negara Timur Tengah, Eropah, Amerika Selatan, Afrika, rantau Asia Pasifik.
4. Fundamental syarikat dalam keadaan yang memuaskan dengan ROE berada di paras lebih 15%, syarikat terus membuat keuntungan dan jualan secara konsisten, kesihatan kewangan dengan indikator Altman Z dan lain2 dalam keadaan baik, juga PE ratio yang lebih rendah berbanding dengan rakan2 getah yang lain.
5. Saham disokong kuat oleh dana antarabangsa seperti Credit Suisse, Bank Julius Baer & Co Ltd, dan juga tempatan seperti KWAP dan Eastspring.
6. Target price pattern double bottom ialah RM1.03, diikuti dengan paras kuat RM1.10 dan RM1.20.
7. Cut loss boleh diletakkan pada paras resistance di nombor (1), sekiranya harga turun perlu mengambil langkah berjaga2.
8. Diharapkan comfort berada di zon selesa selepas ini.

Penafian/Disclaimer: Penulisan ini merupakan pendapat dan analisis daripada kajian iSaham dan bukan saranan untuk membeli atau menjual sesuatu saham. Sila faham risiko membeli dan menjual saham kerana instrumen saham merupakan antara instrumen yang berisiko tinggi. Segala keputusan membeli dan menjual perlu dibuat oleh pelabur atau pedagang sendiri.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.