zulnureen

HUAAN: Signal Pertama Pertukaran TREND.

MYX:TECHNAX   TECHNA-X BERHAD

Hari ini FBMKLCI jatuh lagi, walaupun begitu masih ada lagi ] saham saham yang di lihat baru ingin membuat kenaikan atau pertukaran trend dari kejatuhan kepada kenaikan. dan antara banyak banyak yang termasuk dalam senarai screener hari ini ialah, saham HUAAN. ini adalah kajian analisa teknikal dan saya suka untuk memfokuskan sahaja kepada pembacaan teknikal berbading cerita cerita yang lain. kalau ingin mencari cerita cerita lain, boleh sahaja tunggu berita berita yang berkaitan dengan saham ini nanti, apa yang senantiasa di perhatikan, (bukan semua) tetapi apabila ada sahaja saham saham yang terperangkap di dalam screener, kebiasaan nya akan keluar cerita berkaitan saham saham tersebut dalam berita berita berkaitan kewangan semingu dua selepas ia memulakan pergerakan. ini bermakna, di dalam kajian analisa teknikal, apa sahaja gerakan awal yang memecahkan momentum akan ditangkap, kebiasaan nya momentum ini di pecahkan oleh pelabur pelabur kompleks atau mereka yang telah mendapat berita awal tentang sesuatu perkembangan terhadap saham saham yang tertentu, baik lah, kita sambung semula melihat kepada saham HUAAN.
Melihat kepada carta harian HUAAN, sehingga semalam masih belum ada apa apa petunjuk atau signal beli, signal beli hanya keluar hari ini, tetapi HUAAN ditutup jatuh separuh sen ke paras 22 sen daripada paras 22.5 sen semalam. walaupun mengalami kejatuhan pada hari ini, tetap, pada harga 22sen, saham ini telah berjaya memberi MACD satu cross yang positif. Cross yang positif pada sesuatu saham di lihat sebagai petanda awal perubahan trend, dalam kes HUAAN ini, petunjuk awal beli keluar bukan lah di saat saham ini sedang naik, bahkan pada ketika saham ini sedang mengalami sedikit penurunan setelah mengalami kenaikan pada hari semalam..
ok, kita lihat pada harga dan 20ma, harga saham ini pada waktu semalam telah pun di tutup pada paras yang lebih tinggi daripada 20ma, tetapi kerana body candlestick itu masih lagi tersangkut pada garisan 20ma, ia hanya di kira sebagai potential breakout dan bukan lah satu breakout yang benar. dan pad hari ini, biarpun candlestick adalah merah, tetapi candlestick yang merah ini tidaklah menyentuh garisan 20ma, dan pada hari inilah baru ia di kira sebagai harga saham ini betul betul breakout. betul betiul breakout kerana harga telah pun melepasi garisan 20 ma, dan garisan 20ma yang naik ini tidak pula menyentuh garisan 20ma (ingat akan penerangan ini yang berkaitan tentang breakout)
setelah itu kita melihat pula kepada petunjuk ICHIMOKU.pertama sekali yang perlu di lihat ialah, dimanakah kedudukan harga berbanding awan, jelas sekali melihat pada carta harian harga dan ichimoku, harga berada di atas awan, dan pada hari ini, boleh di kira sebagai hari pertama harga berada di atas awan, dan mengikut analisa teknikal berkaitan ICHIMOKU, pada hari ini harga di kira telah terlepas di atas awan dan di kira sebagai bullish atau sedang dalam aktiviti permulaan memulakan pergerakan nya naik. dan sebagai bonus, melihat pada garisan Chikou (lagging), ia di lihat sebagai telah melepasi paras harga semasa 26 hari lalu, dan jika di teliti, walaupun harga jatuh hari ini, garisan CHIKOU kemungkinan pasti tidak akan menyentuh atau kembali jatuh di bawah paras harga semasa 26 hari lalu, ini kerana kedudukan harga itu sememangnya adalah di bawah lengkukkan garisan CHIKOU. dan ini adalah satu petanda yang amat positif, dan ini memungkinkan lagi akan, kemungkinan kemungkinan kenaikan harga saham HUAAN ini, (hanya satu kemungkinan sahaja ok. jangan pula anda metakkan harapan over 100% dalam saham ini. ini sangat berbahaya. anda perlu tahu tentang risk management dan bagaimana membahagika kewangan anda untuk setiap keputusan pelaburan anda.
ok, akhir sekali, jom kita lihat pula pada petunjuk MACD. sekali imbas memang tak berapa jelas, apakah kedudukan garisan level MACD dan garisan petunjuk MACD, andai kata anda tidak dapat melihat garis itu dengan jelas, itu tidak mengapa, anda boleh sahaja melihat pada nilai DIVERGENCE MACD, nilai divergenve yang positif bermaksud kemungkinan pertukaran trend kejatuhan kepada trend yang sedang hendak naik, seperti apa yang sedang berlaku sekarang. dan jika momentum ia kuat, maka harga tidak akan bergerak secara mendatar tetapi akan ternampak kekuatan yang jelas dalam pertukaran trend tersebut.
dan sebagai kesimpulannya, melihat pada kenaikan harga melepasi garisan 20ma, dan harga keluar dari awan, serta chikou yang berada di atas paras harga semasa 26hari lalu, beserta nilai silangan MACD yang positif, adalah satu kemungkinan besar, saham ini bakal menukar arah dari kejatuhan kepada pergerakan naik, dan kemungkinan harga sasaran secara teknikal ICHIMOKU akan berada dalam paras 30 sen dn jika paras ini di capai dan di cerobohi, kemungkinan aka naik lebih tinggi ke paras sasaran seterusnya di paras 46. ini cumalah satu bacaan teknikal untuk tujuan pembelajaran sahaja.
terima kasih
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.