TradingView
TeropongBursa
26 Sep 2019 pukul 05.03

Cara mudah nak cari kaunter guna TradingView (tak perlu daftar!) Pendidikan

AWANBIRU TECHNOLOGY BERHADMYX

Huraian

Guide mudah untuk mencari kaunter yang berpotensi untuk naik.
(akaun percuma / tidak berdaftar mempunyai pelbagai had (bilangan indicator, time frame dan lain lain. harga yang dipaparkan juga lewat 15 minit)

Menggunakan teknikal indicator Simple Moving Average 10. Kita boleh cari harga yang melintas ke atas SMA 10. Bila dah jumpa, ikut langkah ni:
1. Kaji market structure - downtrend, uptrend atau sideways
2. Cari paras Support dan Resistance & periksa risk to reward ratio (berdasarkan Support & Resistance)
3. Kalau Risk Reward Ratio lebih 1:2, masuk watchlist dan cari entry
4. Monitor harga, kalau jatuh bawah SMA10, boleh take profit, atau kena Cut Loss.

Trading ialah berdasarkan Kebarangkalian (probability). Risiko kerugian tidak boleh dielakkan 100%, hanya boleh dikurangkan. daripada 10 trade, 6 trade untung, 4 trade rugi, pun bagus, asalkan kita dapat net profit. kalau 50-50 untung atau rugi, anda perlu check trading system atau perbaiki pemilihan kaunter anda. Dengan menggunakan trading system yang mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk berjaya, anda akan mampu mengurangkan kerugian dalam purata trade yang anda buat.

Selamat berjaya!
Komen
WESHOHU
Terima kasih
idrisrosnawan
terima kasih tuan atas perkongsian
rifqynazhan
terima kasih!
matnakim
terima kasih sangat membantu
Lebih