BBMA_TRENDBAND
Pendidikan

SIRI 5 : BBMA : STOCHASTIC dan Peranannya kepada EMA50

MYX:PRESBHD   PRESTARIANG BERHAD
Garisan EMA50 sebagai HALANGAN dan TAMPUNGAN. Garisan EMA 50 (Black Line aka BL), adalah satu alat yang padu dan mampan dalam BBMA. Semakin hampir harga dengan BL ini, semakin mendebarkan kerana pada asalnya kita tidak mengetahui sama ada harga mampu melepasinya ataupun tidak. Untuk membantu dalam hal ini, maka ADVANCE Stochastic telah di buat sebagai penambah rasa untuk kita membuat keputusan. Stochastic ini hanya berfungsi ketika harga hampir dengan BL di kala carta menunjukkan tren menaik atau menurun.
- Di dalam stoch itu sendiri, ada 3 garisan STOCH yang melambangkan HARI,MINGGU dan BULAN. Garisan biru mewakili harian, merah mewakili mingguan dan hijau terang mewakili bulanan.
- Sekiranya harga mencecah BL, tetapi stoch tidak lagi naik mencecah CT (Confirmation Trend di nilai 50 stoch ), maka harga akan kembali memantul di bawah (kalau carta menurun)
- Sekiranya harga mencecah BL, tetapi stoch tidak lagi turun mencecah CT (Confirmation Trend di nilai 50 stoch ), maka harga akan kembali memantul ke atas (kalau carta menaik)
- Yang dimaksudkan stoch tidak mencecah itu adalah, ketiga-tiga garis stoch itu harus bergerak bersama. Kalau hanya 1 sahaja yang bergerak contohnya garisan biru, kemungkinan untuk harga memantul semula ke atas atau ke bawah adalah tinggi.
- Stoch dilihat apabila harga menghampiri BL sahaja.

Lihat rajah untuk memahami dengan lebih lanjut :-
Laman Utama Penyaring Saham Penyaring Forex Penyaring Kripto Kalendar Ekonomi Rancangan Bagaimana ia berfungsi Ciri-ciri Carta Harga Peraturan Dalaman Moderator Laman web dan Penyelesaian Broker Widget Penyelesaian Pencartaan Perpustakaan Pencartaan yang Ringan Pusat Bantuan Rujuk rakan Permintaan Ciri Blog & Berita Twitter
Profil Tetapan Profil Akaun dan Pengebilan Rujuk rakan Tiket Sokongan Saya Pusat Bantuan Idea yang diterbitkan Pengikut Mengikut Mesej Peribadi Sembang Daftar Keluar