zulnureen

EVERSENDAI: satu cabaran minda dan emosi

MYX:SENDAI   EVERSENDAI CORPORATION BERHAD

jom kita cuba analisa saham EVERSENDAI ini. saham ini telah termasuk dalam senarai saham saham yang tersangkut dalam screener saya hari ini. sekali imbas, saham ini boleh dikatakan sebagai sedang bergerak secara mendatar kerana ia berada di dalam awan. dan yang paling mecabar minda ialah, awan masa hadapan adalah bearish, iaitu awan merah. ini bermakna, mengikut petunjuk ichimoku, saham ini masih bearish. tetapi kerana parameter yang saya setkan tidak berpaut pada ichimoku, dan awan ichimoku ini adalah petunjuk tambahan untuk lanjutan kajian, maka saya mungkin dalam saham saham tertentu akan tidak beri perhatian penuh terhadap petunjuk awan ini. jadi apakah yang saya lihat pada carta harga eversendai ini. apa yang saya lihat pada carta harga saham ini ialah, saya melihat pada petunjuk 20ma. jelas sekali harga saham ini telah ditutup di atas garisan 20ma, tetapi harga hari ini masih dilihat tersangkut dan berpaut pada garisan 20ma. sesuatu yang tidak boleh di ketepikan ialah petunjuk garisan CHIKOU yang di lihat sedang cuba mendaki atas paras harga semasa 26hari yang lalu., jika harga saham ini di tutup di atas paras awan (melepasi paras 63sen) maka ada kemungkinan yang garisan CHIKOU akan memberi petunjuk positif.
melihat pada petunjuk MACD, jelas ia telah pun bersilang positif, yang mana bermaksud ia sedang dalam pertukaran trend dari kejatuhan dan sedang ingin berubah kepada kenaikan.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.