AmmarAbdSamat

Carimin : Fasa pengagihan ?

Pendidikan
MYX:CARIMIN   CARIMIN PETROLEUM BERHAD
Dilihat 39 kali
0
Carta 5-minit :
Carimin Petroleum Berhad adalah syarikat pemegangan pelaburan berpangkalan di Malaysia. Segmen Syarikat termasuk perkhidmatan tenaga kerja ( MPS ); kaitan, pembinaan dan pentauliahan ( HUC ); perkhidmatan marin ( MS ), dan lain-lain.

1. Merujuk pada post terdahulu (rujuk pautan), terdapat 2 kebarangkalian di fasa yg manakah Carimin berada ketika ini; fasa pengagihan atau fasa pengumpulan semula.

2. Jika dilihat pada carta 5-minit, Carimin gagal menutup sesi dagangan pada paras tertinggi harian dan gagal juga memecahkan paras rintangan RM0.945.

3. Terdapat juga isyarat yg menandakan penjualan yg agak signifikan apabila beberapa candle merah terbentuk dan disokong dgn volume yg tinggi. (rujuk bulatan biru)

4. Persoalannya, adakah Carimin telah memasuki fasa pengagihan apabila 'smart money' mula menjual pegangan mereka utk mengaut keuntungan?

4. Jika Carimin turun di bawah EMA50, saya menjangkakan Carimin akan memasuki fasa pengagihan tetapi jika Carimin kekal berdagang di atas EMA50, saya menjangkakan Carimin akan memasuki fasa pengumpulan semula sebelum melalui fasa mark-up buat kali ke 2.

Penafian: Pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan modal dan kerugian yang lain. Artikel dan carta ini disediakan untuk maklumat sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu nasihat untuk membeli atau menjual mana-mana instrumen yang disebutkan di sini.