TradingView
AmmarAbdSamat
29 Okt 2019 pukul 14.10

Techbond : Inverted Head & Shoulder ?? (E07) Panjang

TECHBOND GROUP BERHADMYX

Huraian

Techbond Group Bhd (TECHBOND) adalah sebuah syarikat yang berpangkalan di Malaysia, yang terlibat dalam pembangunan dan pembuatan pelekat industri, pengedap serta menyediakan produk dan perkhidmatan sokongan. Pelekat perindustrian diklasifikasikan di bawah dua kategori pelekat berasaskan air dan pelekat mencairkan panas.

1. Merujuk pada post terdahulu (rujuk pautan di bawah), Techbond telah berjaya keluar dari fasa ketidaktentuan dan dilihat cuba utk menguji paras rintangan semasa.

2. Paras sokongan dan rintangan semasa adalah pada RM0.790 dan RM0.825.

3. Pada carta mingguan, Techbond dilihat membentuk corak carta bullish 'Inverted head & shoulder'.

4. Techbond hendaklah memecahkan paras rintangan semasa utk meneruskan momentum kenaikkan.

Penafian: Pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan modal dan kerugian yang lain. Artikel dan carta ini disediakan untuk maklumat sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu nasihat untuk membeli atau menjual mana-mana instrumen yang disebutkan di sini.
Lebih