ahzaadhwa

TNB: Bersedia untuk jatuh menguji 12.530 (Strategi Cloud)

Singkat
ahzaadhwa Telah dikemas kini   
MYX:TENAGA   TENAGA NASIONAL BHD
Tenaga Nasional Berhad berdasarkan strategi Ichomoku Cloud berpotensi untuk jatuh ke RM 12.530/unit apabila garis pertukaran bersilang dengan garis asas yang menunjukkan kelemahan minat belian. Peluang untuk TNB jatuh meningkat apabila TNB cuba membuat tinggi di awal dagangan Isnin ini (4hb Feb) untuk menguji rintangan terdekat harian. Tetapi rintangan itu gagal dipecah dengan para pelabur mula mengambil untung untuk mengurangkan pendedahan kepada faktor luar sempena tiga hari Bursa Malaysia ditutup. Bagi rintangan harian, harganya adalah 13.14, 13.38 dan 13.50. Sekiranya TNB mampu pecah 13.38, TNB dijangka akan bergerak menguji 13.50. Tetapi sekiranya gagal memecah 13.14, TNB dijangka akan turun untuk menguji sokongan 13.02, 12.78 dan 12.66. Sekiranya sokongan 12.78 tidak dapat dikawal rapi pada Isnin nanti, TNB berpotensi untuk jatuh ke 12.66 sebelum membuat lantunan untuk menutup di atas 12.900.

Tetapi, TNB tutup di bawah RM 12.900 nanti, TNB dijangka akan menguji harga RM 12.53 sebelum membuat lantunan yang kecil pada hari dagangan seterusnya.

Pegangan singkat boleh dilakukan apabila TNB membuat lantunan kecil di kawasan sokongan.

Komen:
Tetapi, jika TNB tutup di bawah RM 12.900 nanti, TNB dijangka akan menguji harga RM 12.53 sebelum membuat lantunan yang kecil pada hari dagangan seterusnya.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.