FauziSaham

Apakah TNB sudah berada di harga diskaun terbaik?

MYX:TENAGA   TENAGA NASIONAL BHD
Di atas adalah carta mingguan Tenaga. Kali ini ia sedang menguji paras sokongan buat kali ke-3.

MACD semakin mengecut menandakan momentum bearish mula berkurangan.

Volume juga semakin mengecut. Tiada lagi pembuangan berlaku.

Ia juga membuat corak descending atau falling wedge dan hampir ke penghujung menanti samaada, breakout ke atas atau breakdown. Corak falling wedge biasanya lebih cenderung kepada breakout ke atas dan sambung bullish.

Apakah sudah sampai masa yang sesuai untuk melabur ke dalam saham Tenaga? Keputusan di tangan anda sendiri.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.