zulnureen

BINA PURI: satu kemungkinan yang berisiko.

MYX:BPURI   BINA PURI HOLDINGS BHD

satu pepatah yang sering di dengar, higher risk higher gain, no pain no gain... melihat pada carta harisan Bina Puri, jelas harga pada ketika ini adalah berada di bawah awan, ini bermaksud yang harga mengikut petunjuk ICHIMOKU adalah dalam keadaan bearish, oleh itu kala mengikut awan, ia tidak lah mempunyai petunjuk beli, kerana ia masih berada di bawah awan. kalau di nilai pada awan ichimoku, pergerakan harga saham ini boleh di katakan sangat volatile, kenaikan yang tinggi kemudian di ikuti oleh kejatuhan yang mendadak. dan kini ia di lihat sedang bergerak secara mendatar dan mempunyai kemungkinan bergerak naik semula. petunjuk kenaikan ini dapat di tangkap dari petunjuk 20ma, di mana harga terkini di tutup di atas paras 20ma. dan jika di teliti dari garisan CHIKOU ichimoku, ia dilhat sedang dalam percubaan keluar dan naik ke atas dari harga semasa 26 hari yang lalu.
melihat pada petunjuk MACD, ia baru sahaja memberikan petunjuk silangan yang positif, belum cukup kuat, tapi ini adalah di anggap sebagai petunjuk awan akan perubahan trend terhadap pergerakan harga daripaga gerakan yang menurun kepada gerakan yang sedang menaik.
kesimpulan nya, saham ini belum lagi mempunyai petunjuk kukuh kerana masih di bawah awan, di lihat sabagai saham yang tinggi nilai volatiliti kerana kejatuhan mendadak yang lalu, cuma satu petunjuk awal kemungkinan kemungkinan akan perubuhan trend. syarat yang ketat kalau ingin mengikuti saham ini. jika petunjuk jual yang jelas keluar, anda tidak boleh tunggu dan berharap akan perubahan yang berikut akan datang segera, beli, maka belilah, tapi kalau petunjuk jual datang, maka jual lah... paras halangan kemungkinan ada pada paras 23sen
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.