hoopstunt

Trading idea untuk swing trader

Pendidikan
MYX:PCCS   PCCS GROUP BHD
Sekadar pandangan peribadi.

Tak semua orang boleh trade hari-hari. Ada yang kerja 8 hingga 5. So bila masa nak monitor kaunter-kauter yang sedang aktif di bursa?
Memang tak ada masa nak tengok...percaya lah.

Caranya.... ramai orang cadangkan adalah dengan swing trade. Maknanya anda beli masa orang tak kecoh-kecoh pun pasal saham tu, then tiba-tiba je naik dan anda jual bila orang dah start kecoh-kecoh pasal saham tu. Menarik tak?

Anda boleh tengok contoh saham PCCS ni....memang agak lama dia side way...dan tak ada pun forum-forum atau channel-channel telegram yang sibuk cerita pasal saham ini. Bile saham ini membuat kenaikan, baru semua orang sibuk bercerita pasal saham ini.

So anda hanya perlu habiskan mungkin 2-3jam pada hujung minggu untuk mencari saham-saham yang agak lama side way. Then just monitor pergerakkan saham tersebut rapat-rapat.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.