MuhammadAlTrader

Zecon: Nak tutup gap dulu

MYX:ZECON   ZECON BHD
1) Kemasukan volume besar dengan kenaikan candle jarum sebatang, menjadikan kaunter ini semestinya tidak boleh diabaikan.
2) Pada pengamatan saya, kaunter ini akan cuba untuk menutup gap dahulu, sebelum meneruskan kenaikan.
3) Para traders boleh tunggu pada fibo retracement.
4) Kaunter ini masih menarik, kerana didagangkan diatas MA20 dan MA50.
5) Bagi indikator MACD, garisan berada diatas paras 0 dan mencapah keatas menunjukkan momentum dan trend itu ada.
6) Indikator Stoch RSI pula belum bersilang dan nampak akan ke bawah lagi.
7) melihat pada gerakannya, pasti tidak lama lagi bakal bersilang dan berlaku reversal.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.