tariqrahmalan

POH HUAT Tampak Konsisten

Pendidikan
MYX:POHUAT   POH HUAT RESOURCES HOLDINGS
POH HUAT RESOURCES HOLDING BHD telah pun melaporkan Penyata Kewangan bagi Suku Tahun pertama 2019 dengan mencatatkan nilai Jualan yang meningkat berbanding Suku Tahun sebelumnya iaitu Suku Tahun ke 4 untuk tahun 2018. Dengan peningkatan daripada RM189,508,000 kepada RM197,058,000 merupakan permulaan yang baik. Walaubagaimanapun menjadi kebimbangan pelabur fundamental dengan peningkatan jualan tidak menyumbang kepada peningkatan keuntungan, malah terdapat penyusutan dari RM20,860,000 kepada RM15,263,000. EPS turut menyaksikan penyusutan dari 9.50 kepada 6.94.

Berdasarkan Laporan Kewangan Suku Tahun Pertama, kestabilan operasi perniagaan boleh diukur melalui Quick Ratio Poh Huat dilihat memberansangkan dengan kadar sebanyak 1.356, Poh Huat tidak memiliki sebarang masalah untuk melunaskan tanggungan yang dimilik pada bila - bila masa. Risiko kebankrapan syarikat juga dilihat hampir tiada dengan tidak memiliki sebarang Hutang Jangka Panjang. Oleh itu, Debt to Equity Ratio tidak perlu dinilai buat masa ini.

Dari aspek Teknikal Analisis pula, trend menunjukkan uptrend bermula sekitar Oktober 2018. Berjaya memecahkan Ichimoku terus menolak candlestick atas awan Ichimoku menandakan tahap keyakinan pelabur adalah tinggi. Walaubagaimanapun, pelabur dinasihatkan untuk menunggu buy signal dari indicator memandangkan RSI Stochastic telah bergerak ke arah oversold. Sekiranya candlestick masih boleh bertahan di atas Ichimoku, POH HUAT boleh diletakkan di bawah WATCHLIST anda.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.