TeropongBursa

Kepentingan Volume (dan penjelasan panjang lebar)

Pendidikan
MYX:AHEALTH   APEX HEALTHCARE BHD
Volume adalah nadi pergerakan suatu saham. Volume keseluruhan merupakan jumlah saham yang didagangkan oleh penjual dan pembeli. Volume secara lebih terperinci, terbahagi kepada dua bahagian. volume jualan dan volume belian. kualiti volume terletak pada dua jenis volume ini.

Analogi volume seperti anda mengepam tayar basikal secara manual

VOLUME = kekuatan anda tekan pam basikal untuk memampatkan angin ke dalam tayar. bayangkan otot-otot anda keluar semasa nak pam angin tayar basikal anda. kalau pam besar (duit banyak) lebih senang mengepam tayar berbanding dengan pam kecik (duit sikit)

SALURAN ANGIN ke tayar = buyer and seller
saluran sempit = rintangan yang kuat = jumlah seller yang besar / ramai
saluran besar = rintangan yang sedikit = jumlah seller yang sedikit / tak ramai

sama juga untuk harga sedang turun.

TAYAR BASIKAL masuk angin = pergerakan harga = hasil dari volume tersebut. secara tipikal:
Jika Volume besar yang berkualiti = ramai pembeli dari volume tersebut akan berjaya menolak harga naik (jika saluran besar - lebih senang angin nak masuk). tayar akan makin naik dan terisi angin.
Jika Volume besar yang tidak berkualiti = ramai penjual dari volume tersebut harga akan jatuh (saluran bocor, angin takleh masuk, keluar ikut tempat lain). Tayar tidak berjaya naik, malah, makin surut anginnya. Smart Money gagal.

Dalam kes APEX - terdapat anomali, dimana volume besar tetapi harga tidak bergerak banyak pada hari tersebut. hal seperti ini boleh menghasilkan 2 keputusan. sama ada harga akan terus jatuh selepas itu, atau terus naik.

dalam kes ini, setelah harga jatuh selepas 3 minggu, ramai trader dan pelabur cuba untuk melepaskan pegangan saham mereka kerana takut harga akan lebih turun. mereka biasanya akan key in order untuk jual pada harga tertentu, dan hal ini Smart Money mengambil kesempatan untuk membeli pada harga trader and investor tawarkan. Begitu ramai yang hendak menjual , sehinggakan belian yang banyak oleh Smart Money, masih tidak dapat menaikan harga saham tersebut pada minggu itu (ingat analogi saluran angin diatas?). Smart Money menggunakan kesempatan seperti ini untuk masuk membeli dengan harga terbaik tanpa meninggikan kos belian mereka. setelah majoriti saham ditangan Smart Money, lebih mudah bagi mereka untuk menolak harga naik. ingat supply and demand ye. harga akan naik jika supply berkurangan (ada orang monopoli)

Keadaan ini dikatakan sesuatu kaunter itu "well supported" atau "selling pressure absorbed" Kerana harga tidak jatuh banyak walaupun volume yang besar.

volume sebegini menunjukkan suatu fasa pengumpulan terakhir oleh Smart Money. setelah hal ini disedari oleh ramai traders dan pelabur, mereka tidak lepaskan peluang untuk menumpang Smart Money mencapai objektif mereka.

Anda trader bijak, ambil kesempatan, Follow the Smart Money.

Tulisan ini hasil dari pembacaan buku seperti "Reminiscences of a Stock Operator" / Jesse Livermore, dan rujukan teknikal yang lain seperti Dow Theory and Wykoff Method

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.