TradingView
Mr_Futures-Trader
22 Jan 2019 pukul 15.26

CJCEN: Volume spike! 

CJ CENTURY LOGISTICS HOLDINGS BERHADMYX

Huraian

Minat belian semakin bertambah sejak harga menembusi garis aliran menurun (downtrendline). Jumlah transaksi dagangan pada 18/1/19 pula merupakan yang tertinggi dalam tempoh setahun lepas.

Indikator MACD menunjukkan keadaan bertukar arah apabila muncul petanda 'Bullish Divergence' dan momentum histogram yang semakin meningkat. Kedua-dua EMA21 & EMA50 juga telah ditembusi.

Harga berkemungkinan menuju kluster Fibonacci Retracement buat jangka masa sederhana. Sekiranya harga membentuk higher high (HH) dan higher low (HL) iaitu memecah paras 0.545, struktur menaik akan dibentuk. Sebaiknya tunggu pada masa diskaun (0.465-0.47) untuk membeli dengan nisbah risiko yang rendah.
Lebih