MuhammadAlTrader

Psiptek: Untuk swing

MYX:AGES   AGESON BERHAD
1) Paras sokongan terdekat bagi kaunter ini adalah pada paras 0.095 dan rintangan terdekat seterusnya adalah pada paras 0.145 dengan risk reward ratio lebih kurang 3:1 dengan harga terakhir adalah pada 0.135.
2) Minat belian yang tinggi dapat dilihat bermula pada 16 Januari 2019, dengan harga bermain-main diantara harga 0.115 dan tertinggi pada 0.145, daripada tarikh tersebut sehingga kini. Menunjukkan berlaku range trading dengan smart money masih mengumpul atau bertukar tangan.
3) Harga terkini juga telah melepasi MA20 pada harga 0.125 dan telah melepasi MA50 pada harga 0.115. Ini menunjukkan minat belian jangka sederhana dan jangka panjang telah ada dan berkemungkinan untuk terus ke atas.
4) Indikator stochastic berada lebih kurang pada paras 50 dan mencapah keatas menandakan minat belian dan momentum itu wujud dan kemungkinan akan ke atas lagi.
5) Indikator trend dan momentum MACD juga mencapah ke atas dan garisan signal dan garisan MACD telah bersentuh dan berada di atas 0.
5) Bagi breakout trader/investor, boleh menunggu harga melepasi paras 0.145 dahulu sebelum melakukan pembelian.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.