FauziSaham

Johotin membuat pangkalan untuk breakout?

MYX:ABLEGLOB   ABLE GLOBAL BERHAD
Johotin telah lama bergerak dalam lingkungan consolidation besar (1.33 - 1.46).

Seminggu terakhir ini dia membuat pangkalan berbentuk mini consolidation (1.39 - 1.42), terletak di pertengahan lingkungan consolidation besar.

Ini merupakan satu bentuk pengumpulan kekuatan untuk melepasi lingkungan consolidation besar di mana 1.46 adalah paras rintangannya.

Seandainya harga bergerak melepasi 1.42, ia akan menguji dahulu paras 1.46. Berjaya lepas beserta volume, sasaran berikut adalah 1.60.

Namun jika harga turun bawah dari 1.39, besar kemungkinan harga akan kembali bermain dalam lingkungan 1.33 - 1.46 (consolidation besar), dan tidak mustahil juga untuk ia memulakan downtrend.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.