FauziSaham

ARBB hari ini T4. Naik atau tidak?

MYX:ARBB   ARB BERHAD
ARRB telah melalui T3 semalam dimana force selling berlaku untuk contra player, dan ia masih mampu bertahan atas sokongan 0.450.

Hari ini T4, jadi kita lihat samaada terdapat demand untuk menggerakkannya ke atas atau tidak setelah majoriti contra player telah disingkirkan.

DMI menunjukkan isyarat positif di mana D+ berada di atas dan tidak menampakkan ia mengecut atau menurun ke bawah. ADX juga kelihatan sedikit mula menuju ke atas menandakan kehadiran momentum.

Harga perlu melepasi paras 0.500 untuk selesa membuat kenaikan. Kegagalan berbuat demikian boleh mengundang harga untuk bergerak sideways selama lebih kurang 2 minggu.

Sama-sama kita perhatikan bagaimana penutup ARBB hari ni.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.