MYX:PMETAL   PRESS METAL ALUMINIUM HOLDINGS BERHAD
Sekiranya anda melihat pada perkongsian saya pada sebelum ini, saya akan menggunakan setup yang sama untuk mengenalpasti kaunter yang berpotensi untuk naik. Dengan menggunakan indikator smoke evolution, berdagang dalam saham akan menjadi mudah dan risiko akan dapat dikawal dengan baik. Untuk sistem ini, saya akan menggunakan band berwarna merah untuk mencari paras rintangan yang kuat. Kebiasaannya, harga akan mencari paras rintangan yang kuat sebelum ia jatuh atau melepasi paras tersebut untuk meneruskan perjalanan. Band berwarna biru adalah paras sokongan yang kuat, sekiranya harga berada pada paras ini, ia kemungkinan akan membuat kenaikan sekiranya ada berlaku rejection. Rejection boleh dikenalpasti dengan kemunculan candle bewarna hitam apabila candle selepas itu tutup lebih tinggi dari candle hitam.

Kemudian, saya akan mencari paras rintangan pada band berwarna oren pada carta harian atau bewarna biru pada carta 1 jam. band berwarna oren juga di katakan sebagai paras rintangan kecil yang akan memberi lonjakan kecil sekirangan berlaku breakout.

Posisi terbaik untuk masuk ke dalam market adalah dengan merujuk kepada perkongsian saya pada sebelum ini.

my.tradingview.com/c...art/FCPO1!/tFQLNDBE/

Perkongsian ini adalah sekadar untuk pembelajaran dan kajian sendiri semata-mata. Saya tidak bertanggungjawab pada mana-mana kerugian atau keuntungan yang terjadi.

Selamat berdagang.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.