PeterTing

Sanbumi ada peluang untuk menaik lagi.

MYX:ICONIC   ICONIC WORLDWIDE BERHAD
Salam semua.

Teknikal analisis untuk Sanbumi seperti berikut

1. Sejak Oktober 18, Sanbumi menjadi sangat aktif, dengan volume syer yang banyak bertukar tangan dan jika dibandingkan dengan sebelumnya, Sanbumi memang tidak aktif langsung. Volume yang tinggi secara mendadak ini menunjukkan yang counter ini sangat spekulatif.
2. Sejak memecah harga paras 0.33, harga ini menjadi paras sokongan yang kuat dan setakat ini, pergerakan harga Sanbumi membuat konsolidasi dan membentuk corak descending triangle.
3. Berdasarkan Kunci Paras Fibonacci, jika harga dapat kekal atas 0.33 maka target seterusnya = 0.37 dan 0.39. Jika harga menurun bawah 0.33, targetnya adalah 0.31 dan 0.295.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.