ahzaadhwa

WCT: Rintangan 860, 910

Panjang
MYX:WCT   WCT HOLDINGS BERHAD
WCT menyediakan peluang kemasukkan pada harga 840 hingga 830 dengan 830 menjadi sokongan. Penting untuk kita saksikan tinggi esok berapa, supaya WCT dapat meneruskan bullish momentum. Jika tidak, saya risau WCT bakal terperangkap dalam satu saluran harga sideway.

Rintangan penting yang mesti dipecahkan untuk masa depan sementara WCT adalah 860 sen. Pecah 860, WCT berpotensi untuk bergerak ke 910. Sementara paras sokongan penting WCT adalah 800 sen. Jika 800 sen pecah, WCT bakal membuat bearish rally dengan sokongan seterusnya pada 770 sen.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.