deanmentari

#AEMULUS akan membuat rekod Harga Tertinggi Sepanjang Masa nya

Panjang
MYX:AEMULUS   AEMULUS HOLDINGS BERHAD
Teknikal Analisis :

Secara teknikal #Aemulus sedang dalam fasa akhir gelombang impul Kelima dan sedang membuat kenaikan dengan momentum bagi memecahkan serta membuat rekod harga tertinggi sepanjang masa nya .
Terdapat kebarangkalian akan adanya formasi corak Pepenjuru Akhir di Gelombang 5

Rintangan Kuat di harga 1.04
(Jangkaan Masa Sasaran - 4-6 minggu )
Isyarat kemasukan Volume besar

Corak Pepenjuru Akhir
( Ending Diagonal )

Garis Panduan


• Jenis gelombang motif khas yang muncul sebagai pembahagian gelombang 5 dalam
impuls atau pembahagian gelombang C dalam zigzag

• Dalam Rajah , pepenjuru akhir adalah pembahagian gelombang 5 dalam dorongan.

• Pepenjuru akhir biasanya dicirikan oleh tumpang tindih gelombang 1 dan 4 kecil
dan juga oleh bentuk baji. Walau bagaimanapun, pertindihan antara gelombang 1 dan 4 kecil
bukanlah suatu keadaan dan mungkin berlaku atau mungkin tidak berlaku

• Pembahagian pepenjuru akhir ialah 3-3-3-3-3 atau 5-3-5-3-5


Nota:-

Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran semata-mata, bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil “ Remiser atau Perunding pakar Saham Sahabat sendiri . Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .

Peringatan : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .


Dean Mentari

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.