Meem

ANCOM: Sedang Mencari Rentak

MYX:ANCOM   None
ANCOM dilihat dalam keadaan uptrend dan masih belum memecahkan trendline ke atas

Jika diteliti kita dapati candlestick pada hari terakhir cuba untuk melepasi EMA 50 namun gagal berbuat demikian
RSI juga belum menunjukkan momentum yang kuat untuk kenaikan namun sudah mula mendongak ke atas
MACD dilihat seakan ingin membuat persilangan namun masih berada di bawah paras 0
Awan ichimoku juga dilihat semakin menipis menunjukkan terdapatnya potensi untuk kenaikan semula namun perlu disertai momentum

Justeru, dapat disimpulkan bahawa harga mungkin akan berlegar-legar di bawah EMA 50 sebelum mencari momentum bagi meneruskan kenaikan
Sekiranya tiada volume dan momentum, harga berkemungkinan akan memecahkan trendline

Nota:
*Ini bukanlah saranan belian atau jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade at your own risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan / kerugian yang diraih oleh mana-mana individu atau entiti
*Jangan lupa ketik butang like sekiranya kajian ini membantu anda. Kerjasama anda saya dahului dengan ucapan terima kasih

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.