akmy

APPASIA - Mana 1 jadi dulu?

MYX:APPASIA   APPASIA BERHAD
Jangkaan awal APPASIA seakan memberi petunjuk bahawa is melakukan rounding bottom/saucer tetapi pergerakan harga yang baru2 ini pulak memberi signal seakan corak bendera, ada juga kemungkinan ia dalam percubaan untuk membentuk corak cawan dan pemegang. Disertakan sekali garisan rintangan berdasarkan persinggahan harga terdahulu sebagai rujukan atau boleh juga digunakan sebagai partial profit taking level

Pelan dagangan jika berlaku salah satu dari corak tersebut adalah seperti dibawah
1. Saucer - belian jika harga berjaya ditutup di atas neckline 0.250 dan harga sasaran tertinggi pada 0.425
2. Bendera - belian jika harga berjaya ditutup diatas garisan siling bendera dan harga sasaran berdasarkan garisan2 yang dilukis atau 13sen di atas harga breakout
3. Cawan dan pemegang - masih terlalu awal untuk menyimpulkan ia sedang membentuk corak ini, namun jika corak bendera gagal, corak cawan dan pemegang berkemungkinan besar akan berlaku. Belian jangka pendek boleh dibuat jika support baru terbentuk, paling kurang harga turun dan ditutup pada paras yg sama beberapa kali. Jika tidak boleh melakukan belian setelah harga berjaya ditutup diatas neckline 0.250
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.