NYSE:AR   Antero Resources Corporation
Saham syarikat Antero Resources dilihat bergerak mendatar sejak beberapa bulan dagangan yang lalu

Jika diperhatikan pergerakan harga pada selang mingguan seakan membentuk corak carta segitiga simetri
Melihat pada selang harian candle beberapa hari dagangan sebelum ini dilihat menunjukkan anomali pergerakan
Volum belian dilihat tinggi tidak selari dengan pembentukan candle yang kecil
Walaubagaimanapun selagimana harga belum memecahkan corak carta masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan

Ke manakah halatuju harga seterusnya? Sama-sama kita perhatikan

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.