TradingView
Dr_Al_Aarifin
26 Dis 2021 pukul 23.20

ATOM [S] MENERUSKAN KENAIKAN  

Cosmos / Tether USDHTX

Huraian

ATOM [S] MENERUSKAN KENAIKAN

1. ATOMUSDT meneruskan kenaikan dengan bergaya
2. Rintangan downtrendline telah diatasi
3. Harga sekarang berada di atas garisan EMA50. 100 & 200
4. Ke mana arahtuju ATOM dalam masa terdekat? Sama-sama kita saksikan
5. Ini bukan saranan untuk beli atau jual, tetapi saranan untuk sama-sama kaji. Trade at your own risk!

Jika anda merasakan perkongsian ini bermanfaat, jangan lupa LIKE, FOLLOW & SHARE untuk kita sebarkan kebaikan daripadanya.

"Dan apa sahaja yang kamu dermakan, maka Allah akan menggantikannya, dan Dialah jua sebaik-baik pemberi rezeki." (Surah Saba', ayat 39)

---------------------------------------
PENAFIAN:
Saya bukan penasihat kewangan, penasihat pelaburan atau broker berlesen. Apa sahaja perkongsian di platform Tradingview serta channel SmartMind Academy hanyalah untuk tujuan pendidikan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya yang terhad. Tiada 'buy call' diberikan. Semua pelabur dan pedagang hendaklah bertanggungjawab di atas keputusan pelaburan dengan mempertimbangkan risiko masing-masing. Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian disebabkan apa sahaja keputusan pelaburan yang dilakukan.
---------------------------------------
Komen
Wan_Zaid
Assalamualaikum, Dr.
Saya ikuti channel youtube Dr. Perkongsian ilmu yang Dr kongsikan amat menarik perhatian saya. Tambah menarik lagi apabila Dr berkongsi TA yang berkaitan dengan blockchain seperti Bitcoin dan Atom.

Sekiranya tidak keberatan, bolehkah Dr kongsikan apakah yang perlu saya buat untuk menguasai TA blockchain. Saya sangat minat dengan blockchain trading sebab ia sangat mampu untuk saya.
Dr_Al_Aarifin
@Wan_Zaid, Terima kasih atas maklum balas tuan... Saya nak sangat share berkaitan crypto.. Cuma saya kena pertimbangkan beberapa perkara sebelum boleh share pasal crypto. Kena jelaskan dulu dari sudut halal haram. Crypto ni masih baru, para ulamak masih berbeza pandangan.. Kalau kita nak terlibat dengan crypto, kita kena jelas dulu apa sempadan halal haramnya. Lagi satu, kena pertimbangkan juga isu2 berkaitan peraturan2/undang2 dalam negara. Kalau silap gaya, takut nanti dikenakan tindakan oleh pihak berkenaan. Kita tengok dulu macam mana..
Wan_Zaid
@Dr_Al_Aarifin, terima kasih atas pendangan dan peringatan yang diberikan oleh Dr kepada saya. JazakAllahu Khoiro, Dr.
Dr_Al_Aarifin
@Wan_Zaid, teruskan belajar dan belajar. Jangan putus asa. Buat sampai jadi!
Wan_Zaid
@Dr_Al_Aarifin, insya Allah, Dr. Terima kasih atas kata-kata semangat yang diberikan, Dr.
Lebih