Sherhaniza1

Beli AUDJPY bila saham Dow Jones naik kembali

Singkat
FX:AUDJPY   Dolar Australia / Yen Jepun
Hari ini dari pagi waktu Asia hingga ke malam pasaran Dow Jones buka, berita utamanya ialah mengenai Amerika mahu tambah senarai barang teknologi tinggi yang tidak boleh dibeli oleh China. Bila berlaku sekatan perdagangan seperti ini, Kek Ekonomi Dunia akan mengecil.

Pasaran saham akan jatuh, USDJPY, AUD dan AUDJPY akan menjadi lemah. Tetapi pengumuman senarai terbaru ini dijangka pada hujung minggu nanti. Masih terlalu awal lagi dan pasaran boleh berubah arah bila-bila masa sahaja. Perhatikan Dow Jones, jika Dow Jones pulih kembali, belilah AUD, USDJPY atau AUDJPY.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.