TradingView
Meem
19 Nov 2021 pukul 06.46

BIMB: Divergence 

BANK ISLAM MALAYSIA BERHADMYX

Huraian

BIMB beberapa hari dagangan yang lalu dilihat bergerak dalam fasa mendatar sejak harga melakukan jurang penurunan

Kedudukan harga pada selang masa bulanan dilihat bertahan di atas EMA200 sebagai sokongan dinamik kritikal bagi kaunter ini
Berbalik kepada carta mingguan, petunjuk RSI dilihat seakan mengisyaratkan pembentukan 'bullish divergence'
Harga dilihat melakukan 'Low' yang baharu manakala RSI pula menunjukkan sebaliknya
Pergerakan harga dijangka akan kembali membuat kenaikan dalam jangka masa terdekat

Menarik untuk diperhatikan

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian atau jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade at your own risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan / kerugian yang diraih oleh mana-mana individu atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Kerjasama anda saya dahului dengan ucapan terima kasih
Lebih