jerungsaham

BPURI: Keluarnya dari Garisan Downtrend (Kemanakah Halatujunya?)

MYX:BPURI   BINA PURI HOLDINGS BHD
Kajian pada hari ini akan membincangkan halatuju kaunter ini dimana dapat kita perhatikan melalui carta pergerakan harga kini telah berjaya memecahkan garisan downtrend. Pertambahan volum pada dagangan terakhir menunujukkan terdapat tekanan pada belian yang tinggi. Kesemua garisan EMA menegak dan kini berada pada paras harga resistance terkuat, namun adakah BPURI akan berjaya memecahkan resistance ini?

Melalui kajian ini kita, kita bahaskan dari sudut teknikal pergerakan harga seterusnya, corak lilin doji pada lilin yang terakhir menunjukkan tekanan yang sama pada jualan dan belian. Garisan EMA 5, EMA 9 dan EMA 21 masing masing pada paras harga 0.075 telah berjaya ditembusi menunjukkan kekuatan. Namun dari sejarah perjalanan harga yang lampau EMA21 (0.08) agak sukar untuk ditembusi. Disini dapat kita andaikan kan berlaku volatiliti yang kuat pada minggu hadapan untuk memecahka resistance 0.08 dan menyebabkan harga akan turun sebentar (pullback) ke support 0.075. Sekiranya 0.08 berjaya dipecahkan perjalanan seterusnya agak menarik dimana 0.09 EMA 200 akan cuba ditembusi dan mengubah perjalanan kepada uptrend yang positif.

Maka SnR saya senarikan seperti dibawah:

Support: 0.075
R1: 0.08
R2: 0.09
R3: 0.1/0.105

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.