TradingView
TradingView
7 Sep 2020 pukul 16.29

EURUSD dan Tesla merupakan aset paling popular di dunia Pendidikan

Bitcoin / U.S. dollarBitstamp

Huraian

Untuk bulan Julai, EURUSD ialah simbol yang paling banyak dicari, mengambil kedudukan pertama antara 140 negara di seluruh dunia, lapan kali lebih popular daripada saingan terdekat Tesla (17) GBPUSD (14) dan BTCUSD (13)

Terdapat pengecualian untuk negara-negara tertentu: Aset paling popular di Rusia ialah Sberbank, di Brazil ialah indeks Ibovespoa dan di India ialah Indeks Nifty 50.

Seperti yang disebutkan dalam hantaran sebelum ini, Tesla amat popular di Amerika Syarikat (dengan Bitcoin tidak jauh di belakang), namun ia juga amat popular di Kanada, New Zealand, Scandiavia, Arab Saudi dan juga Greenland. Sementara, Apple ialah simbol yang paling popular di Taiwan sahaja.

Mungkin yang paling menarik, data kami menunjukkan (seperti yang anda ketahui ,volum pencariannya yang rendah) pasaran paling popular di lokasi yang tidak banyak berkaitan dengan perdagangan, termasuk:

Korea Utara: BTCUSD
Vatican: TRGP
Chad: USDJPY
Antartika: TSLA

Seperti biasa, terima kasih kerana membaca dan menjadi ahli TradingView. Jika anda ada soalan, sila komen di bawah.
Lebih