TradingView
zulhafizsyam
20 Jun 2021 pukul 23.54

BTC sedang bersiap untuk berlepas ke bulan? 

Bitcoin / U.S. dollarBitstamp

Huraian

Hari ni kita beralih kepada kripto pula ya. BTC dilihat membuat corak carta yang menarik sejak beberapa minggu yang lepas menandakan ia bakal membuat pembalikan yang besar? Semalam ia berada pada paras sokongan yang kuat (Alhamdulillah sempat sauk semalam) dan in sha Allah jika tiada spekulasi yang besar ia akan terus membuat kenaikan samada dalam tempoh pendek atau sederhana. Kepada Elon Musk tolong tutup mulut sekejap.

Penafian:
Kajian ini adalah untuk rujukan penulis sahaja dan bukan saranan jual beli. SIla berdagang atas risiko sendiri.
Komen
suhaizarazwarmirage
asslamualaikum bang..salam kenalan,sy azawr dari johor..jd mase sekarang ni,sesuai untuk kita buy ye..sbb sy masih baru lagi dlm dunia saham,sy baru 3 bulan belajar..
zulhafizsyam
@suhaizarazwarmirage, Waalaikumussalam tuan. Paras sokongan paling kuat adalah pada garis trend warna biru tu. Antara harga sekarang 34900 hingga sentuh garis trend biru tu adalah entry terbaik jika reversal betul2 berlaku. Petandanya adalah sebab keluar candle doji dragonfly yang mana jaris tajam telah terhasil pada hari semalam. Garis mendatar warna merah paling bawah tu pun paras sokongan yang kuat untuk buat entry. JIka harga tembus kebawah paras sokongan yang dinyatakan bermakna dia membuat reversal palsu dan mungkin akan turun lebih bawah lagi. JIka sudah entry, boleh jaga-jaga untuk cutloss untuk elakkan lebih banyak kerugian. Semoga bermanfaat
suhaizarazwarmirage
@zulhafizsyam, maaf bang lambat balas..sy xberapa mahir gunakan laptop..line pon slow..td terseting bhs engslih,jem kjp kepala.. terima kasih bang ilmu yg abg sampaikan kat sy..insyaallah akan cuba buat yg terbaik..sy main kat luno aje bang,saham luar negara sy belum mahir sgt..jd sy belajar dekat luno dulu..eth,bch,xrp...tp belum ada rezeki bang..tp sy belajar mana kesilapan sy buat..
zulhafizsyam
@suhaizarazwarmirage, Kripto ni sesuai untuk jangka panjang , tak berapa sesuai untuk jangka pendek sebab ia terlalu volatile. Dalam kripto atau bursa yang penting kene ada trading plan, mesti ada target dan cutloss untuk kurangkan risiko kerugian. BTC sekarang buat penurunan sebab keluar berita yang tak baik. Rujuk investing.com/news/cryptocurrency-news/bitcoin-slumps-as-china-crackdown-dents-activity-hodlers-refuse-to-cave-2538125

Berita juga sgt penting untuk tentukan harga naik atau turun. JIka pengaruh berita tu kuat, semua teknikal analisis dah tak boleh pakai. Apapun ia akan berada kembali dilandasannya semula. Cuma lambat atau cepat saja.

Ia dah pecah support pertama, support kedua pada $30239. Isyarat untuk beli belum keluar. Moving Average pun belum cross. Boleh perhatikan dahulu.
suhaizarazwarmirage
@zulhafizsyam, terima kasih bang info maklumat terkini..insyaallah sy akan cuba buat yg terbaik...
Lebih