muhammadzaim86

BTCUSDT, trend reversal atau pullback ?

HTX:BTCUSDT   Bitcoin / Tether USD
1. Selepas BTC mencatatkan new ATH pada paras 69000, harga membuat penurunan sehingga ke paras sekitar 58400. Berkemungkinan mark down phase ini adalah dari tindakan pelabur besar membuat pengambilan untung.
2. Harga sekarang berlegar di paras sokongan utama di zon harga 60000 dan telah beberapa kali membuat percubaan untuk memecahkan paras ini.
3. Volume Profile dalam julat harga new ATH ke paras sokongan 60000 memberikan paras POC pada zon harga 61000, yang juga di zon 23.6% Fibo Retracement. POC dilihat menjadi paras rintangan kepada pergerakan harga yang dalam fasa sideway
4.HA Candles juga menunjukkan trend yang tidak jelas dengan candle merah dan hijau saling bersilih ganti dan wick atas dan bawah kelihatan.
5. Dapat dilihat juga bullish regular divergence dapat dikesan. Jika harga berjaya memecahkan paras POC dan keluar dari zon sideway, ini akan memberikan confirmation kepada trend reversal.
5. Possible Scenario:
a. Harga memecahkan paras sokongan 60000, mematuhi garisan DTL menuju ke garisan sokongan seterusnya di paras 53700.
b. Harga berjaya mengekalkan momentum dan melonjak semula ke atas, memecahkan paras rintangan POC dan menuju ke paras rintangan seterusnya di zon harga 62400, yang juga paras 38.2% Fibo Retracement.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.