TradingView
ichivergence_hunter
6 Apr 2021 pukul 15.50

CAREPLS Adakah Sudah Betul-Betul Di Tapak Kali Ini? 

CAREPLUS GROUP BERHADMYX

Huraian

CAREPLS kaunter menurun buat masa ini tetapi kelihatan seperti sudah membuat tapak di 1.26. Adakah betul-betul tapak yang kuat disitu? Atau hanya persinggahan dalam perjalanan ke tapak yang lebih dalam? Sama-sama kita perhati rapat untuk kajian dan pembelajaran. Jika menggunakan strategi dagangan Ichimoku, Carepls perlu melepasi aras 1.35 untuk seterusnya menguji dua lagi aras rintangan iaitu di 1.46 dan 1.54. Jika seterusnya berjaya memecahkan 1.54 dan berjaya bertahan di atas 1.54, kemungkinan ada kekuatan untuk Carepls meneruskan perjalanan naik dan menukar trend dari menurun kepada menaik. Petunjuk RSI juga telah memecahkan trend menurun dan kelihatan baru menukar trend kekuatan menaik dari aras terlebih jual. MACD juga "bullish divergence" buat masa ini.
Lebih