Meem

CIMB: Menguji Rintangan

MYX:CIMB   CIMB GROUP HOLDINGS BERHAD
Pergerakan harga CIMB dilihat bergerak mematuhi saluran menaik bermula dari beberapa minggu dagangan yang lalu

Harga pada hari terakhir dagangan dilihat tutup dengan lilin hijau berhampiran paras harga rintangan sebelum ini
Paras rintangan yang diuji adalah dianggap paras rintangan kuat yang dilihat terhasil sejak Jun 2019
Jika dilihat pada petunjuk RSI harian, momentum dilihat berada di paras positif dan mencukupi sekiranya harga hendak menaik
Petunjuk MACD harian juga dilihat menyokong pergerakan harga dengan histogram dan garisan MACD kedua-duanya menunjukkan pergerakan harga yang positif
Namun, jika dilihat pada petunjuk RSI mingguan (tidak ditunjukkan), harga terkini dilihat sudah berada di dalam kawasan 'overbought' dan tidak mustahil untuk membuat pembetulan harga
Petunjuk MACD mingguan (tidak ditunjukkan) masih menunjukkan keadaan yang positif dan belum menunjukkan tanda-tanda perubahan arah pergerakan

Dengan keadaan pasaran yang kurang menentu pelbagai perkara boleh berlaku. Justeru, para pedagang dinasihatkan untuk sentiasa menyemak dan mematuhi pelan dagangan masing-masing

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian atau jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade at your own risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan / kerugian yang diraih oleh mana-mana individu atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Kerjasama anda saya dahului dengan ucapan terima kasih
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.