MYX:CIMB   CIMB GROUP HOLDINGS BERHAD
CIMB group holdings berhad bakal berdepan dengan garisan rintangan menurun setelah gagal menembusi kawasan sokongan. untuk meneruskan kenaikan CIMB group perlu memecahkan dan bertahan diatas garisan rintangan menurun.

CIMB Thai Bank PCL, yang dimiliki 94.83% oleh CIMB Group Holdings Bhd , melaporkan penurunan keuntungan bersih 7.6% tahun ke tahun bagi suku ketiga berakhir 30 Sept 2022 (3QFY22) kepada 695.97 juta baht (RM85.98). juta), daripada 753.38 juta baht, manakala pendapatan faedah bersih bagi suku dalam tinjauan merosot 2.8% kepada 2.42 bilion baht daripada 2.48 bilion baht pada 3QFY21. Keuntungan bersih yang berkurangan adalah disebabkan oleh pendapatan faedah bersih yang lebih rendah, ditambah dengan perbelanjaan operasi yang lebih tinggi, perbelanjaan cukai pendapatan dan sedikit peningkatan dalam jangkaan kerugian kredit. Bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, keuntungan bersih CIMB Thai meningkat 656% kepada 2.81 bilion baht daripada 1.71 bilion baht dalam tempoh yang sama sebelumnya, manakala pendapatan faedah bersih turun 6.4% kepada 7.08 bilion baht daripada 7.57 bilion baht.

CIMB mencatatkan hasil yang baik pada Q2 sebanyak RM4,884,369,000 berbanding Q1 RM4,736,369,000 mencatatkan perbezaan sebanyak RM148,000,000. Namun Keuntungan bersih Q2 RM 1,280,695,000 berkurang jika dibandingkan dengan Q1 RM1,426,984,000 mencatat perbezaan sebanyak RM146,289,000.

Pemegang saham utama bagi CIMB terdiri daripada KHAZANAH NASIONAL BERHAD 25.72% sebanyak 2,628,759,643 unit saham yang bernialai 14.54B, diikuti EMPLOYEES PROVIDENT FUND BOARD 14.26% sebagai pemegang saham kedua terbesar sebanyak 1,457,564,015 unit saham dengan nilai sebanyak 8.06B.

corak carta : segitiga menurun

Nota : menerbit kan idea ini ada semata mata bertujuan sebagai perkongsian pemahaman dan pembelajaran. Sekiranya ingin memiliki saham ini, hendaklah membuat kajian yang lebih mendalam dan merujuk kepada pihak yang lebih pakar sebelum membeli saham.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.