bursathreesixty

Citaglobal Bhd pengambilalihan (CESSB)

Panjang
MYX:CITAGLB   CITAGLOBAL BERHAD
CITAGLB perlu mengukuhkan kedudukan harga diatas paras 0.295 untuk meneruskan kenaikan, Harga terus melonjak dengan kemasukan volum belian yang kuat dipengeraruhi dengan, Pemegang saham Citaglobal Bhd telah meluluskan cadangan pengambilalihan keseluruhan kepentingan ekuiti dalam Citaglobal Engineering Services Sdn Bhd (CESSB) pada harga RM140.0 juta. Cadangan pengambilalihan itu akan dipenuhi melalui penerbitan 736.8 juta saham baharu pada harga terbitan 19 sen setiap satu, dan dijangka siap pada 4Q22. Pemegang sahamnya juga meluluskan cadangan penyatuan setiap 5 saham Citaglobal sedia ada kepada 1 saham Citaglobal pada tarikh kelayakan yang akan ditentukan kemudian. Cadangan pengambilalihan itu datang dengan jaminan keuntungan bersih sebanyak RM60.0 juta dalam tempoh 3 tahun kewangan, bermula dari FY22 hingga FY24.

Nota : menerbit kan idea ini ada semata mata bertujuan sebagai perkongsian pemahaman dan pembelajaran. Sekiranya ingin memiliki saham ini, hendaklah membuat kajian yang lebih mendalam dan merujuk kepada pihak yang lebih pakar sebelum membeli saham.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.