TradingView
Ajrun_
24 Jun 2021 pukul 20.28

Nak Turun ke Naik? 

CITRA NUSA HOLDINGS BERHADMYX

Huraian

Sektor: Pengguna
Industri: Penjagaan Isi Rumah/Peribadi

1. Analisa Trend

Jika kita lihat kepada pergerakan MYX:CNH, ia masih berada dalam keadaan "sideways" selepas ia membuat kenaikan pada bulan 2 tahun 2021. Berdasarkan keadaan ini, paling tinggi harga yang boleh dicapai oleh MYX:CNH ini adalah RM0.240 dan harga paling rendah yang pernah dicapai adalah RM0.125.

2. Corak Carta

Corak yang ditunjukkan di dalam carta ini adalah "declining wedge". Corak ini boleh berlaku disebabkan oleh 2 keadaan:

1. Berlaku kejatuhan yang mendadak/tajam dan kemudian bergerak keatas.

2. Bertindak sebagai "pullback/retrace" setelah berlaku kenaikan harga yang lama.

Dijangkakan bahawa harga akan menembusi "resistance line" dan akan membuatkan harga naik lebih tinggi.

3. Penunjuk indikator

1. Berdasarkan MACD, garisan MACD dan garisan signal berada sangat dekat dan berada dibawah paras 0.00.
2. Berdasarkan RSI pula, melihatkan bahawa saham ini sedang berada pada tahap risiko yang rendah.

Sekian coretan daripada saya,
Terima kasih,
Ajrun

#Sahamiscool
Lebih