AbangManuK

DGSB [S] - Mari..Mari..Menarik untuk diperhatikan~

Panjang
MYX:DGSB   None
DGSB telah diperdagangkan di atas Purata Pergerakan 20-Hari dalam keadaan UPTREND yang mana menunjukkan kenaikan yang sihat.
.
.
Dalam pada itu, kelihatan pergerakan harga telah meecahkan rintangan di paras harga 0.105 yang menguatkan lagi momentum kenaikan dalam pergerakan harga baru-baru ini. Penembusan ini disertai oleh jumlah dagangan yang lebih tinggi daripada purata yang menunjukkan semangat pedagang untuk mendorong harga lebih tinggi dan melepasi rintangan ini sehingga memberikan kebarangkalian lebih tinggi untuk berjaya.

Antara rintangan kuat yang perlu dipecahkan adalah pada paras harga 0.130, 0.150 dan 0.175 sebelum meneruskan lagi kenaikan yang lebih hebat dan menarik
.
.
Oleh itu , Mari kita sama-sama perhati rapat perjalanan yang menarik bagi DGSB .
.
.
TAHUKAH ANDA
OMESTI Holdings Berhad merupakan salah satu Top 10 Investors bagi kaunter ini dengan sebanyak 5.57% @ 0.89M USD dengan 41.56 M Shares

DISCLAIMER:
Segala kajian adalah untuk proses pembelajaran dan halatuju kaunter tersebut. Till then, happy trading & TAYOR

**Sekiranya anda bersetuju dengan idea ini, mohon untuk LIKE , SHARE & FOLLOW page ini bagi tujuan pembelajaran

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.