faisalizwan2684

16 Jun 2020 - Buy on Dip DIALOG

MYX:DIALOG   DIALOG GROUP BHD
Kaunter ini dalam sektor tenaga dengan sub-sektor infrastruktur, peralatan dan perkhidmatan tenaga.
Dari segi analisis fundamental, rating agak baik. Namun, kaunter ini agak berat kerana jumlah unit saham yang melebihi 1 billion.

Bilangan unit saham: 5.642b
Nisbah P/E: 33.33
ROE (%): 15.08

Dari segi analisis teknikal, harga berada di atas garisan MA50 dan MA200. Secara amnya, kaunter ini masih lagi dalam fasa menaik walaupun kebelakangan ini harga menunjukkan penurunan.
Didapati harga sedang menuju ke paras sokongan dan telah melantun.Boleh pertimbangkan entry buy on dip.
Indikator stochastic RSI berada di paras oversold.

Sokongan: 3.510
Rintangan 1: 3.70
Rintangan 2: 3.980

Ini sekadar kajian dan bukannya BUYCALL.

#mahersaham #FIAR #jun20 #dialog #bod
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.