zulnureen

DJI: Kejatuhan yg mungkin berterusan...

DJ:DJI   Indeks Dow Jones Industrial Average
Sukar untuk menerima kejatuhan DJI apabila melihat pada Carta Indeks, tetapi, itulah Analisa Teknikal. kejatuhan 'Gap Down' pada DJI semalam mungkin petanda awal pertukaran arah aliran dari kenaikan kepada kejatuhan, ini mungkin satu petanda, memberitahu para pelabur dan trader supaya lebh berhati-hati, ini juga berkemungkinan adalah permulaan pada 'runaway gap', oleh itu para pelabur dan trader seharus nya berhati hati, jika benar DJI sedang sakit, pasaran kewangan serata dunia mungkin akan tenat. paras kritikal semasa adalah 24,000 dan seterusnya 23,500. Paras halangan semasa di lihat ketika ini pada paras 25,000 (paras yang perlu di capai untuk menutup lobang (gap))

Melihat pada petunjuk MACD, RSI dan STOCHASTIC, ketiga-tiga petunjuk adalah kuat petanda 'bearish', walaupun MA Cross masih positif, saya melihat ia sebagai satu yang mustahil untuk DJI dalam sehari dua ini untuk naik semula ke atas paras 25,400 untuk mengekalkan MA Cross terus berada dalam posisi petunjuk positif. oleh itu, sebagai kesimpulan, pasaran DJI bakal mengalami kejejatuhan dan paras kritikal 23,500 bakal di uji tidak lama lagi, ini semua hanya untuk tujuan pembelajaran dan kajian analisa teknikal, ia hanya satu kemungkinan berdasarkan kajian.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.