Ajrun_

DNONCE: Menarik Jika Dapat Pecahkan Rintangan

MYX:DNONCE   DNONCE TECHNOLOGY BHD
Sektor: Pelbagai
Industri: Pelbagai

1. Analisa Trend

I. DNONCE boleh dikatakan masih berada dalam keadaan "sideways".
II. Paras harga "resistance" dalam lingkungan harga 0.535-0.545 dan paras harga "support" ialah dalam lingkungan 0.500-0.515.
III. 9 Ogos 2021 DNONCE tutup dengan harga 0.535 dengan kenaikan volume.
IV. Boleh diperhatikan sekiranya DNONCE telah berada di atas paras harga 0.535

2. Penunjuk indikator

I. Moving Average - DNONCE telah berada diatas garisan EMA9(biru),MA20(merah) dan MA50(hitam). Ini menunjukkan ia sedang berada dalam keadaan yang menaik. Dapat dilihat lagi ketiga-tiga garisan ini sedang berada dibawah paras harga tersebut.

II. RSI - DNONCE menunjukkan ia sedang berada pada momentum yang baik apabila ia berada di atas paras 50.

III. MACD - Garisan MACD sudah menunjukkan tanda untuk bersilang ke atas garisan Signal.

Analisa yang dilakukan ini hanyalah idea daripada pandangan saya bagi tujuan pembelajaran.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.