ichivergence_hunter

Dsonic Bersedia Menarik Nafas Baru

MYX:DSONIC   DATASONIC GROUP BERHAD
Sesak nafas tengok Dsonic sebelum ni. Mengumpul pun lama jugak. Pada chart boleh nampak Dsonic dah membuat support yang kuat dan telahpun memecahkan kotak pengumpulan lebih dari 3 bulan. Candle juga telahpun memecahkan garisan EMA200. Jika berjaya bertahan di atas EMA200, memang sangat berpotensi tinggi untuk kembali bernafas dan kembali namanya meniti di bibir para trader. Aras rintangan kuat adalah di 0.585, jika berjaya aras target pertama adalah di 0.690. Jika berjaya sampai ke 0.690, Dsonic juga berjaya memecahkan garisan downtrendline 1 tahun. Dapat juga dilihat EMA50 sedang menuju untuk membuat persilangan emas dengan EMA200. Indicator Ichimoku Cloud juga sedang menanti candle untuk keluar dari awan. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan. (Sekadar kajian dan pembelajaran).

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.