TradingView
Ajrun_
18 Ogs 2021 pukul 18.54

ECOFIRS: Kemasukan Volume Sudah Ada 

ECOFIRST CONSOLIDATED BHDMYX

Huraian

Sektor: Kewangan
Industri: Pelaburan Bank/Broker

1. Analisa Trend

I. MYX:ECOFIRS boleh dikatakan masih berada dalam keadaan "sideways".
II. Paras harga "resistance" ialah 0.400 dan paras harga "support" ialah 0.380.
III. Kita dapat lihat pada 6 Julai, 26 Julai, 27 Julai, 9 Ogos dan 11 Ogos 2021 MYX:ECOFIRS cuba untuk pecahkan paras harga "resistance" namun gagal walaupun ada peningkatan volume.
IV. 18 Ogos 2021 MYX:ECOFIRS tutup dengan harga 0.400 di paras "resistance" dengan ada kenaikan volume .
V. Boleh diperhatikan sekiranya MYX:ECOFIRS kekal berada di atas paras harga 0.400.

2. Penunjuk indikator

I. Moving Average - EMA9(biru) telah bersilang keatas MA20(merah). Selain itu, harga telah menembusi MA50(hitam) menunjukkan ia ada menunjukkan momentum untuk menaik.

II. RSI - MYX:ECOFIRSmenunjukkan ia sedang berada pada momentum yang baik apabila ia berada di atas paras 50.

III. MACD - Garisan MACD telah berada di atas garisan Signal dengan menunjukkan ada kenaikan melalui histogram MACD. Ia menunjukkan kewujudan momentum yang sedang baik.

Analisa yang dilakukan ini hanyalah idea daripada pandangan saya bagi tujuan pembelajaran.
Lebih